Ahad, 13 September 2009
Denda Lambat Bayar Di Bank Islam Macam Konvensional?
Ganti rugi atau compensation yang di kenakan oleh Bank Islam adalah terhasil dari proses jual beli dengan byaraan ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata.
Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank-bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak menghadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Shariah masing-masing. Justeru, ia telah selesai dengan ijtihad majlis Penasihat masing-masing.
Berkenaan pertanyaan 'siapa yang memantau'
Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan Fiqh Malaysia dan Sedunia, keputusannya bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ianya hanya 1 % sahaja, ia tidak bersifdat ‘compounding'. Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh Bank konvensional adalah compounding (ertinya) penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal + penalti. Ini lah zalim dan amat menindas.
Rabu, 2 September 2009
Selasa, 1 September 2009
Pondok Moden Kandis akan dilupuskan?
Kenalan lama menelefon saya semalam. Selepas bertanya khabar dan berbual tentang penulisan buku, di akhir perbualan beliau mengejutkan saya dengan cerita yang memang saya tak sangka. “Demo tak dengar cerita ko KIAS dalam proses nak dapat tanah Pondok Moden Kandis?” Tanya beliau spontan. “Tak tahu weh….bakpo pula KIAS nak ambil tanah Pondok Moden? Tak cukup lagi ke tanah hok KIAS miliki loni? “. “Apa lah demo nih….pelajar-pelajar pondok duk sibuk buat sembahyang hajat….angkat sepanduk sana-sini tanda bantahan. Kalu demo nak tahu dengan lebih detail lebih baik demo YB Nik Amar sendiri pasal hal ini….sebab dialah murid-murid pondok moden jadi gelisah tak sedap duduk” jelasnya. Saya hanya berdiam diri bila dengar nama Nik Amar dikaitkan dengan kegelisahan pelajar-pelajar pondok. Mungkin ada sesuatu yang tak kena nih. “Okey lah….kita bual lain kali pulok….assalamualaikum” pintanya mengundur diri. “Okey, insyallah….wa alaikumussalam” jawab saya ringkas.
Lepas tamat perbualan melalui handphone, saya terus menghantar SMS kepada seorang lagi kawan setia saya untuk meminta pengesahan tentang perkara ini. Si setia jawab ringkas aje dalam SMSnya “Memang betul pelajar-pelajar dah angkat sepanduk tapi mereka tak berani nak berdemostrasi sebab Nik Amar dah ugut nak pecat sesiapa saja yang turun berdemostrasi. Kalau demo nak tahu cerita lanjut….baca ajelah blog http://muqabalah2009.blogspot.com. Dalam artikel bertajuk “Pengajian Pondok Yang Semakin Terhakis”. Saya juga diberitahu bahawa pemilik blog adalah seorang anti Syiah dan sanggup menuduh Syiah adalah kafir. Dalam masalah menuduh Syiah kafir nih saya tak bersetuju langsung. Dengan maklumat yang diperolehi, saya terus melayari blog tersebut. Rupa-rupanya artikel itu adalah luahan pendapat dan rasa tidak puas mereka dengan tindakan YB Nik Amar. Fahamlah saya bahawa artikel itu ada kaitannya dengan cerita yang didesas-desuskan oleh kawan saya itu.
Dalam soal ini, pertama sekali secara peribadi saya tidak menyokong mana-mana tindakan menutup sekolah ataupun tadika sama ada secara kekerasan ataupun sebaliknya kecuali langkah penutupan itu dapat digantikan dengan institusi yang lebih baik. Lagikan sekolah Cina atau Tamil pun tidak boleh ditutup secara sewenang-wenang apatah lagi tadika kemas seperti mana yang berlaku di Terenggganu pada zaman PAS memerintah Terengganu. Inikan pula pusat pengajian pondok. Lain ceritalah kalau pondok itu mati dengan sendiri. Biarkanlah pondok terus beroperasi sebagai pusat pengajian secara tradisional. Alangkah baiknya jika institusi pondok muncul sebaris dengan institusi-institusi pendidikan lain di Kelantan sebagai langkah mempelbagaikan aliran pengajian dan corak penyampaian ilmiah khususnya pengajian agama.
Pondok Moden Kandis ditubuh dan dibuka pada zaman Tan Seri Mohammad Yaakob jadi Menteri Besar Kelantan sekitar akhir tahun 1980 an. Selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih urusan pentadbiran politik negeri Kelantan pada tahun 1990, Pondok Moden tidak ketinggalan mendapat perhatian kerajaan. Dengan tanah seluas 70 ekar yang diberikan oleh kerajaan negeri, pondok pastinya mampu hidup berdikari jika beberapa projek seperti deretan rumah kedai untuk disewa dan juga kawasan pertanian serta ternakan diwujudkan. Kerajaan negeri hanya perlu memberi bantuan modal yang kecil dan juga sokongan bantuan pengetahuan bagi mereka belajar berdikari. Namun sayang sekali, semua itu tidak berlaku. Apa yang timbul akhir-akhir ini ialah; tanah berkenaan perlu diserahkan kepada KIAS untuk dimajukan sebagai sebuah industri pendidikan Islam yang disifatkan sebagai satu institusi yang up to date. Soalnya mengapa tanah Pondok yang sebegitu luas itu ingin diserahkan kepada KIAS? Adakah YB Nik Amar merasakan jumlah keluasan tanah itu tidak wajar diserahkan kepada pihak pondok yang tidak mampu memanafaatkannya sebaik mungkin? Bagi saya, adalah lebih baik jika tanah kawasan pondok itu dibangunkan dan KIAS pula diberikan tanah di kawasan lain jika ia masih memerlukan tanah untuk didirikan bangunan pengajian.
sumber : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/08/20/pondok-moden-kandis-akan-dilupuskan/#comment-85
Ahad, 30 Ogos 2009
KENANGAN MULA-MULA MENJEJAKI DI PUSAT PENGAJIAN PONDOK
Pada hari ahad, 6 Januari 2008 bersamaan 27 Zulhijjah 1428 saya mula menjejakan kaki di Pusat Pengajian Pondok (Pondok Moden).Dalam masa seminggu saya terpaksa melibatkan diri dalam program " الأسبوع التأخي " (minggu suaikenal).Ada seorang sahabat, namanya sungguh menarik perhatian saya, iaitu Uwais Al-Qorni.
Sekarang sudah dua tahun saya menuntut ilmu di Pondok Moden, kenangan mengingatkan saya kembali dengan kisah kasih Uwais Al-Qorni di dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Muslim.
Dari Asri bin Jabir beliau mengatakan, "Jika para gabenor Yaman menemui khalifah Umar Ibnul Khatthab, maka khalifah selalu bertanya, "Apakah di antara kalian ada yang bernama Uwais bin Amir", sam[pai suatu hari beliau bertemu dengan Uwais beliau bertanya, "engkau Uwais bin Amir?", "Betul" Jawabnya.
Khalifah Umar bertanya, "Engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?", "Betul"sahutnya.
Umar bertanya, "Dulu engkau pernah terkena penyakit belang lalu sembuh akan tetapi masih ada belang di tubuhmu sebesar wang dirham?", "Betul."
Umar bertanya lagi, "Engkau memiliki seorang ibu." Khalifah Umar mengatakan, "Aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda, "Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn. Fahulu dia pernah terkena penyakit belang, lalu sembuh, akan tetapi masih ada belang di tubuhnya sebesar wang dirham. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sanggat berbakti pada ibunya. Seandainya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohonkan ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah."
Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku, Uwais Al-Qorni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar Ibnul Khattab. Setelah itu Umar bertanya kepadanya, "Engkau hendak pergi kemana? "Kuffah," jawabnya. Beliau bertanya lagi, "Mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada gabenor Kuffah agar melayanimu? Uwais Al-Qorni mengatakan, "Berada di tenggah-tenggah ramai orang sehingga tidak dikenal itu lebih ku sukai." (HR. Muslim)