Pondok Moden Kandis akan dilupuskan?
YB Dato' Nik Mohd Amar. Gambar ihsan kickdefella
Kenalan lama menelefon saya semalam. Selepas bertanya khabar dan berbual tentang penulisan buku, di akhir perbualan beliau mengejutkan saya dengan cerita yang memang saya tak sangka. “Demo tak dengar cerita ko KIAS dalam proses nak dapat tanah Pondok Moden Kandis?” Tanya beliau spontan. “Tak tahu weh….bakpo pula KIAS nak ambil tanah Pondok Moden? Tak cukup lagi ke tanah hok KIAS miliki loni? “. “Apa lah demo nih….pelajar-pelajar pondok duk sibuk buat sembahyang hajat….angkat sepanduk sana-sini tanda bantahan. Kalu demo nak tahu dengan lebih detail lebih baik demo YB Nik Amar sendiri pasal hal ini….sebab dialah murid-murid pondok moden jadi gelisah tak sedap duduk” jelasnya. Saya hanya berdiam diri bila dengar nama Nik Amar dikaitkan dengan kegelisahan pelajar-pelajar pondok. Mungkin ada sesuatu yang tak kena nih. “Okey lah….kita bual lain kali pulok….assalamualaikum” pintanya mengundur diri. “Okey, insyallah….wa alaikumussalam” jawab saya ringkas.
Lepas tamat perbualan melalui handphone, saya terus menghantar SMS kepada seorang lagi kawan setia saya untuk meminta pengesahan tentang perkara ini. Si setia jawab ringkas aje dalam SMSnya “Memang betul pelajar-pelajar dah angkat sepanduk tapi mereka tak berani nak berdemostrasi sebab Nik Amar dah ugut nak pecat sesiapa saja yang turun berdemostrasi. Kalau demo nak tahu cerita lanjut….baca ajelah blog http://muqabalah2009.blogspot.com. Dalam artikel bertajuk “Pengajian Pondok Yang Semakin Terhakis”. Saya juga diberitahu bahawa pemilik blog adalah seorang anti Syiah dan sanggup menuduh Syiah adalah kafir. Dalam masalah menuduh Syiah kafir nih saya tak bersetuju langsung. Dengan maklumat yang diperolehi, saya terus melayari blog tersebut. Rupa-rupanya artikel itu adalah luahan pendapat dan rasa tidak puas mereka dengan tindakan YB Nik Amar. Fahamlah saya bahawa artikel itu ada kaitannya dengan cerita yang didesas-desuskan oleh kawan saya itu.
Dalam soal ini, pertama sekali secara peribadi saya tidak menyokong mana-mana tindakan menutup sekolah ataupun tadika sama ada secara kekerasan ataupun sebaliknya kecuali langkah penutupan itu dapat digantikan dengan institusi yang lebih baik. Lagikan sekolah Cina atau Tamil pun tidak boleh ditutup secara sewenang-wenang apatah lagi tadika kemas seperti mana yang berlaku di Terenggganu pada zaman PAS memerintah Terengganu. Inikan pula pusat pengajian pondok. Lain ceritalah kalau pondok itu mati dengan sendiri. Biarkanlah pondok terus beroperasi sebagai pusat pengajian secara tradisional. Alangkah baiknya jika institusi pondok muncul sebaris dengan institusi-institusi pendidikan lain di Kelantan sebagai langkah mempelbagaikan aliran pengajian dan corak penyampaian ilmiah khususnya pengajian agama.
Antara teks tadahan para pelajar pondok
Penekanan dalam pengajian Nahu Soraf Bahasa Arab
sumber : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/08/20/pondok-moden-kandis-akan-dilupuskan/#comment-85
2 September 2009M ^ 12 Ramadhan 1430H
دار التعليم الديني
المؤسسة الإلامية بكلنتان
Pusat Pengajian Pondok,
Kg.Telong, Kandis, 16310 Bachok,
Kelantan Darul Naim, Malaysia.