Ahad, 13 September 2009

Pensyarah Pondok Moden 2009

Read more...

Denda Lambat Bayar Di Bank Islam Macam Konvensional?

 
Tanpa mengetahui yang salah ramai umat islam terjebak dengan dosa-dosa. Dalam suatu hari di bulan Ramadhan saya keluar ke Bandar Kota Bharu, Kelantan, untuk membeli barang bagi persiapan raya ni 1430 hijrah.Dalam kegembiran bertemu dengan seorang senior semasa saya belajar di Pondok Moden, keadaan menjadi muram kerana berlaku bertikam lidah antara saya dengan senior tersebut kerana senior saya tadi memperlekehkan sistem perbankan islam ,dia mengatakan denda lambat bayar di bank islam serupa macam bank konvensional. Sudah lama masa berlalu kami saling bertikam lidah, dia mengundurkan diri, dan lalu kami berpisah. Insyallah di artikal ini saya akan menjelaskan lebih lanjut lagi.

Praktis perbankan Islam yang mengenakan sejumlah wang sebagai denda itu sebenarnya adalah di anggap bayaran kos rugi (ta'widh atau ‘compensation') yang dihadapi oleh Bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dijanjikan, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh Bank-bank Islam dengan penalti oleh Bank Konvensional.

Ganti rugi atau compensation yang di kenakan oleh Bank Islam adalah terhasil dari proses jual beli dengan byaraan ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata.

Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Shariah Bank islam Jordan, dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah (Dr. Muhyidin Al-Qurra Daghi, Musykilat ad-Duyun al-Mutaakhirat, International Shariah Dialogue, BNM, 8 Nov 2006),
Menurut mereka keharusan ini berdasarkan ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun diketika mempunyai wang, ia dinamakan MUMATIL yang disebut oleh Nabi SAW : 
 
مطل الغني ظلم
Ertinya : "Penangguhan sengaja (dari membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu Kezaliman" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2167, 2/799 )
Justeru, di ketika zaman lemahnya amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan menyekat mudarata besar kepada dari berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, maka apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh (gantirugi) akan dikenakan.
Sebahagian ulama mengharuskan jumlah gantirugi ini digunakan oleh Bank dengan syarat ianya adalah jumlah sebenar kerugian. Sebarang wang lebih dari kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam.  
Manakala sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad. Saya hanya menyebut nama-nama ini sahaja adalah kerana ini saya tidak mengetahui kaedah yang digunakan oleh bank-bank Islam lain.
Bagi bank-bank Islam yang saya sebutkan namanya ini, mereka lebih cernderung untuk menuruti keputusan majoriti  ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedeqahkan duit (ta'widh = compensation) kepada faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab Fiqh Mazhab Maliki.
Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya  kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedeqah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank-bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak menghadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Shariah masing-masing. Justeru, ia telah selesai dengan ijtihad majlis Penasihat masing-masing.

Berkenaan pertanyaan 'siapa yang memantau'
Jawabnya, di kebanyakan Bank-bank Islam, Jabatan Shariah dan Majlis Penasihat Shariah yang akan memantau, malah keputusan Majlis Penasihat Shariah juga ,mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul dari ta'widh akan terus masuk ke akaun khas ‘charity' sebagai contoh. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada ‘charity' kecuali setelah disahkan layak oleh Majlis Penasihat Shariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian. Inilah yang dilakukan di Asian Finance Bank ( Qatar Islamic Bank Malaysia).

Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan Fiqh Malaysia dan Sedunia, keputusannya bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ianya hanya 1 % sahaja, ia tidak bersifdat ‘compounding'. Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh Bank konvensional adalah compounding (ertinya) penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal + penalti. Ini lah zalim dan amat menindas. 
14 September 2009 ^ 24 Ramadhan 1430
الشريف : الأستاذ زهارالدين بن عبد الرحمن 
www.zaharudin.net


دار التعليم الديني
المؤسة الإسلامية بكلنتان
Pusat Pengajian Pondok,
Kg.Telong, Kandis, 16310 Bachok,
Kelantan Darul Naim, Malaysia.

Read more...

Rabu, 2 September 2009

Pensyarah Pondok Moden

Read more...

Selasa, 1 September 2009

Pondok Moden Kandis akan dilupuskan?

YB Dato' Nik Mohd Amar
YB Dato' Nik Mohd Amar. Gambar ihsan kickdefella

Kenalan lama menelefon saya semalam. Selepas bertanya khabar dan berbual tentang penulisan buku, di akhir perbualan beliau mengejutkan saya dengan cerita yang memang saya tak sangka. “Demo tak dengar cerita ko KIAS dalam proses nak dapat tanah Pondok Moden Kandis?” Tanya beliau spontan. “Tak tahu weh….bakpo pula KIAS nak ambil tanah Pondok Moden? Tak cukup lagi ke tanah hok KIAS miliki loni? “. “Apa lah demo nih….pelajar-pelajar pondok duk sibuk buat sembahyang hajat….angkat sepanduk sana-sini tanda bantahan. Kalu demo nak tahu dengan lebih detail lebih baik demo YB Nik Amar sendiri pasal hal ini….sebab dialah murid-murid pondok moden jadi gelisah tak sedap duduk” jelasnya. Saya hanya berdiam diri bila dengar nama Nik Amar dikaitkan dengan kegelisahan pelajar-pelajar pondok. Mungkin ada sesuatu yang tak kena nih. “Okey lah….kita bual lain kali pulok….assalamualaikum” pintanya mengundur diri. “Okey, insyallah….wa alaikumussalam” jawab saya ringkas.
Lepas tamat perbualan melalui handphone, saya terus menghantar SMS kepada seorang lagi kawan setia saya untuk meminta pengesahan tentang perkara ini. Si setia jawab ringkas aje dalam SMSnya “Memang betul pelajar-pelajar dah angkat sepanduk tapi mereka tak berani nak berdemostrasi sebab Nik Amar dah ugut nak pecat sesiapa saja yang turun berdemostrasi. Kalau demo nak tahu cerita lanjut….baca ajelah blog http://muqabalah2009.blogspot.com. Dalam artikel bertajuk “Pengajian Pondok Yang Semakin Terhakis”. Saya juga diberitahu bahawa pemilik blog adalah seorang anti Syiah dan sanggup menuduh Syiah adalah kafir. Dalam masalah menuduh Syiah kafir nih saya tak bersetuju langsung. Dengan maklumat yang diperolehi, saya terus melayari blog tersebut. Rupa-rupanya artikel itu adalah luahan pendapat dan rasa tidak puas mereka dengan tindakan YB Nik Amar. Fahamlah saya bahawa artikel itu ada kaitannya dengan cerita yang didesas-desuskan oleh kawan saya itu.
Dalam soal ini, pertama sekali secara peribadi saya tidak menyokong mana-mana tindakan menutup sekolah ataupun tadika sama ada secara kekerasan ataupun sebaliknya kecuali langkah penutupan itu dapat digantikan dengan institusi yang lebih baik. Lagikan sekolah Cina atau Tamil pun tidak boleh ditutup secara sewenang-wenang apatah lagi tadika kemas seperti mana yang berlaku di Terenggganu pada zaman PAS memerintah Terengganu. Inikan pula pusat pengajian pondok. Lain ceritalah kalau pondok itu mati dengan sendiri. Biarkanlah pondok terus beroperasi sebagai pusat pengajian secara tradisional. Alangkah baiknya jika institusi pondok muncul sebaris dengan institusi-institusi pendidikan lain di Kelantan sebagai langkah mempelbagaikan aliran pengajian dan corak penyampaian ilmiah khususnya pengajian agama.



Antara teks tadahan para pelajar pondok
Antara teks tadahan para pelajar pondok


Penekanan dalam pengajian Nahu Soraf Bahasa Arab
Penekanan dalam pengajian Nahu Soraf Bahasa Arab
Pondok Moden Kandis ditubuh dan dibuka pada zaman Tan Seri Mohammad Yaakob jadi Menteri Besar Kelantan sekitar akhir tahun 1980 an. Selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah mengambil alih urusan pentadbiran politik negeri Kelantan pada tahun 1990, Pondok Moden tidak ketinggalan mendapat perhatian kerajaan. Dengan tanah seluas 70 ekar yang diberikan oleh kerajaan negeri, pondok pastinya mampu hidup berdikari jika beberapa projek seperti deretan rumah kedai untuk disewa dan juga kawasan pertanian serta ternakan diwujudkan. Kerajaan negeri hanya perlu memberi bantuan modal yang kecil dan juga sokongan bantuan pengetahuan bagi mereka belajar berdikari. Namun sayang sekali, semua itu tidak berlaku.  Apa yang timbul akhir-akhir ini ialah; tanah berkenaan perlu diserahkan kepada KIAS untuk dimajukan sebagai sebuah industri pendidikan Islam yang disifatkan sebagai satu institusi yang up to date. Soalnya mengapa tanah Pondok yang sebegitu luas itu ingin diserahkan kepada KIAS? Adakah YB Nik Amar merasakan jumlah keluasan tanah itu tidak wajar diserahkan kepada pihak pondok yang tidak mampu memanafaatkannya sebaik mungkin? Bagi saya, adalah lebih baik jika tanah kawasan pondok itu dibangunkan dan KIAS pula diberikan tanah di kawasan lain jika ia masih memerlukan tanah untuk didirikan bangunan pengajian.

sumber : http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/08/20/pondok-moden-kandis-akan-dilupuskan/#comment-85
2 September 2009M ^ 12 Ramadhan 1430H

دار التعليم الديني
المؤسسة الإلامية بكلنتان
Pusat Pengajian Pondok,
Kg.Telong, Kandis, 16310 Bachok,
Kelantan Darul Naim, Malaysia.


Read more...

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP